RESEPI NASI LEMAK SEDAP DAN SIMPLE

Assalamualaikum

Hi harini i nak share Resepi Nasi Lemak Sedap dan Simple jer khas untuk newbie dan orang2 yang tak pandai masak macam i..kih kih kih






Bahan-Bahan Untuk Nasi
1.Beras (ikut berapa ramai nak makan..kalau 2,3 orang cukup 2 pot)
2.Daun Pandan (kalau takde xpa,cuma kurang bau wangi je)
3.Santan 1 kotak (ikut korang kalau taknak berlemak sangat setengah kotak pun cukup)
4.Air (kalau nasik 2pot air 3pot..lebihkan sedikit cuma jangan lebih sangat)
5.Halia (agak sebesar ibu jari)
6.Bawang Merah & Bawang Putih 3 ulas
7.Garam secukup rasa (sesudu kecil pn cukup)


Bahan-Bahan Untuk Sambal
1.Cili Mesin (agak korang berapa ramai nak makan)
2.Bawang Merah 4 ulas
3.Bawang Putih 4 ulas
4.Belacan (sikit pun cukup)
5.Air asam jawa 1 mangkuk kecil (agak2 sambil rasa)
6.Gula Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Lain
1.Ikan Bilis
2.Telur Rebus @ Goreng

Cara-Cara Masak Nasi
1.Basuh beras dan toskan..letak tepi dulu
2.Dalam periuk asing,masukkan air,santan,bawang merah&putih&halia yang dah dihiris
3.Masukkan garam secubit
4.Masukkan kiub pati ayam separuh (optional,xnak xpe)
5.Simpulkan daun pandan dan rendam sekali dalam air tu
6.Sambil kacau2 sampai rasa mendidih perlahankan api masukkan beras yg dah dibasuh
7.Tutup periuk dan tunggu sampai nasi masak


Cara-Cara Masak Sambal
1.Bawang Merah & Putih belah 4 bahagian untuk di blend
2.Dalam kuali masukkan setitik dua je minyak..kemudian masukkan bawang dan belacan
3.Bawang dan belacan kira dibakar la dalam kuali tu sekejap je..bukan digoreng ye
4.Kemudian masukkan dalam blender,blend bawang & belacan bakar tadi dgn sedikit air
5.Panaskan kuali,masukkan minyak untuk menumis
6.Masukkan bawang blender tadi dan tumis sampai bau wangi dan sedikit kekuningan
7.Masukkan cili mesin dan kacau
8.Masukkan Gula 2 sudu besar,garam 1 sudu kecil..
9.Perlahankan api..biarkan cili mesin tu betol2 masak
10.Kalau dah hampir kering tambahkan air sedikit sedikit2 jangan banyak nanti cair
11.Dah agak lama masak tu masukkan air asam jawa sikit sikit..sambil rasa2
12.Semua dah secukup rasa tutup api..siap!


Untuk dimakan dengan Nasi Lemak mesti kena
1.Goreng ikan bilis
2.Rebus atau goreng telur


Scroll bawah untuk tips Do & Dont semasa masak nasi lemak



-beras ni tak semua sama..ada yg kena lebihkan air ada yg kena kurangkan air
So kalau takot nasi mentah ke lembik ke..sentiasa check nasi korang masa tengah masak tu..
Jangan tinggal terus pulak..kacau selalu kalau mentah tambah air sikit2..kalau lembik masak lama sikit..

-untuk sambal,kalau rasa manis2 pedas sedap tau...so boleh lebihkan gula..cuma jangan terlebih sgt je nanti manis sgt2..sambal korang akan jadi merah gelap kalau lebihkan gula..baru cantik 😝
-ajinamoto kalau korang pakai,masukkan time gula&garam dimasukkan..taknak xpa,xpaksa

-jangan masukkan banyak air nanti sambal tu cair xbest..masukkan sikit2 je..biar pekat baru ummmm sambal korang

-ikan bilis goreng api sederhana..jangan api yang kuat nanti x rapuh

Okay itu saja kot!

Moga bermanfaat dan perut kenyang!!!

2 comments:

  1. Lama x singgah sini. Anis apa khabar? lama tak mkn nasi lemak. Terliur pulak tengok :)

    ReplyDelete

sapa rasa dia CANTEK komen la sini ^__^