RESEPI NASI AYAM SEDAP DAN MUDAH

Hi Assalamualaikum

Harini i nak share Resepi Nasi Ayam yang simple tapi auwmm marvelous sedapnyee

Khas untuk newbie dan orang yang tak pandai masak macam i





BAHAN-BAHAN PERAP AYAM
1.AYAM SEEKOR (ikut berapa ramai nak makan,kalau sikit separuh pun boleh)
2.Bawang Besar 2 ulas
3.Bawang Putih 4 ulas
4.Halia (agak besar ibu jari)
5.Kicap manis
6.Kiub pati ayam (optional..xnak xpe sebab dia penambah rasa saja)
7.Sos Black pepper


BAHAN-BAHAN SUP AYAM
1.Bawang Merah & Putih 2 ulas
2.Sup Bunjut
3.Halia
4.Isi ayam atau tulang atau kaki ayam (ikut suka korang)
5.Kiub pati ayam
6.Garam
7.Daun Sup Daun Bawang

BAHAN-BAHAN NASI AYAM
1.Beras 2 pot (ikut korang nak makan berapa ramai)
2.Marjerin (Buttercup biasa selalu i guna)
3.Bawang merah / bawang putih 2 ulas
4.Halia sedikit
5.Daun Pandan
6.Kunyit secubit (optional xnak xpe,just nak naikkan color nasi tu)


BAHAN-BAHAN KUAH CILI MERAH
1.Cili hidup 3 tangkai
2.Bawang Putih 2 ulas
3.Sos Cili
4.Sos Tomato
5.Cuka sesudu kecil

BAHAN-BAHAN KUAH CILI HITAM
1.Cili Padi 10 batang (ikut korang nak pedas macam mana)
2.Kicap
3.Bawang Putih 2 ulas
4.Kuah Perapan ayam (lepas ayam digoreng kuah perap jangan buang ye)


Perhiasan
1.Salad
2.Daun Sup Daun Bawang
3.Tomato
4.Timun
5.Bawang Goreng


1st sekali masak sup dulu sebab nak guna untuk masak Nasi

Cara-Cara Perap ayam untuk nasi ayam
1.Blender bawang merah & bawang putih & halia & kicap manis & sos black pepper & kiub pati ayam 1
2,Kicap dan sos black pepper korang agak2 la ikut berapa banyak ayam nak perap
3.Dah blend masukkan ayam dalam 1 bekas bersama kuah perap then simpan dalam fridge buat beberapa jam (tak lama sangat pun xpe..kalau nak masukkan semalaman pn okay je)

Cara-Cara Masak Sup Ayam
1.Tumis bawang merah bawang putih yang telah dihiris sampai kekuningan
2.Masukkan ayam/kaki ayam/isi ayam kacau sekejap then masukkan air
3.Air tu agak2 lebihkan sedikit sebab nak ambil untuk masak nasi lebih kurang 3 pot
4.Masukkan sup bunjut , garam ,kiub pati ayam
5.Dah secukup rasa tabur daun sup dan daun bawang untuk kasi wangi itu sup ;p

Cara-Cara Masak Nasi Ayam
1.Cuci beras dan tos kan..letak sebelah dulu
2.Potong dadu bawang merah & bawang putih
3.hiris halia secara memanjang dan halus
4.Dalam periuk nasi...masukkan butter/marjerin sesuai untuk menumis
5.Bila dah panas tumis bawang merah putih dan halia sampai kekuningan dan wangi
6.Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali
7.Kemudian masukkan beras dan gaul sehingga bahan tumisan sebati dengan beras
8.Masukkan sup ayam sebanyak 3 pot (kalau anda masak beras 2 pot..pastikan lebihkan air 1 pot)
9.Tutup periuk dan tunggu sehingga masak


Cara-Cara Buat Kuah Merah Nasi Ayam
1.Blend cili hidup bersama bawang putih
2.Masukkan bahan blend ke dalam periuk kecil
3.Buka api perlahan masukkan sesudu kecil cuka (taknak xpe,cuma nak sedapkan orang cakap)
4.Kacau sampai masak wangi cili tu dah siap !


Cara-cara Buat Kuah Hitam Nasi Ayam
1.Blend cili padi bersama kuah perapan ayam dan campurkan sedikit kicap masin @ manis
2.Masukkan kedalam periuk kecil masak dengan api perlahan kemudian siap!


Potong bahan-bahan untuk dimakan bersama Nasi Ayam


Tips Do & Dont untuk newbie
-.Boleh juga masukkan sedikit madu untuk perap ayam..ayam akan kelihatan shining gitu bila digoreng.Tapi pastikan jangan digoreng dengan api yang kuat..takut cepat hitam dan bau hangit


-kalau dimakan dengan kuah hitam saja pun dah cukup marvelous dan pedas terangkat ;p tak payah susah2 buat kuah cili merah

-nasi sentiasa dipantau sebab takut mentah atau lembik...kalau tak cukup air tambah je sup sikit sikit sambil kacau nasi tu





selamat mencuba dan perut kenyang hati senang !!!

3 comments:

  1. skrg dh jd blog resepi dh.. yummy! dikton nak try nanti..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap dan menyelerakan.. tq for resepi yg best tu..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete

sapa rasa dia CANTEK komen la sini ^__^