Resepi Gulai Ikan Simple dan Sedap (masakan ala utara)

Hi hakak nak share resepi gulai ikan simple dan sedap khas untuk newbie yg baru nak belajar masak or orang2 yang malas masak renyah2 macam hakak ni..ahaksss barang2 pun simple jek k






BAHAN-BAHAN
1.IKAN (up to you nak ikan apa pun..contoh ikan termenung pari bawal kembong etc)
2.REMPAH IKAN 1 PAKET (brand apa pun ok jer..alagappas babas adabi etc)
3.BAWANG MERAH 4 ULAS (2 ulas untuk tumis 2 ulas untuk tumbuk)
4.BAWANG PUTIH 4 ULAS (2 ulas untuk tumis 2 ulas untuk tumbuk)
5.DAUN KARI 1 TANGKAI
6.HALBA CAMPUR 1 SUDU KECIL
7.AIR ASAM JAWA SEMANGKUK
8.GULA GARAM SECUKUP RASA
9.TOMATO (optional taknak pun xpe)
10.BENDI (optional taknak pun xpe)
11.CILI HIDUP HIJAU (optional taknak pun xpe)


CARA-CARA MASAK
1.TUMBUK  BAWANG MERAH 2 ULAS DAN BAWANG PUTIH 2 ULAS (tak hancur sangat pun xpe..taknak tumbuk blend kasar pun boleh)


2.MASUKKAN REMPAH DALAM MANGKUK KECIL CAMPURKAN DENGAN BAWANG TUMBUK KASAR TADI MASUKKAN AIR SEDIKIT KACAU DAN LETAK TEPI DULU

3.TUMIS BAWANG MERAH.  BAWANG PUTIH.  DAUN KARI.  HALBA CAMPUR SAMPAI BETUL2 GARING DAN BERWARNA PERANG2


4.MASUKKAN REMPAH YG DAH DICAMPUR DENGAN BAWANG TUMBUK TADI..KACAU SAMPAI REMPAH BETUL2 MASAK DAN KERING..(jangan sampai hangit pulak)


5.MASUKKAN GULA DAN GARAM SECUKUP RASA (gula sesudu garam sesudu sambil rasa2)


6.MASUKKAN AIR ASAM JAWA 1 MANGKUK KECIL (ikut suka hati korang nak banyak ke sikit sebenarnya cuma jangan banyak sangat je) BIARKAN MENDIDIH


7.DAH SECUKUP RASA MASUKKAN IKAN TOMATO CILI HIDUP


8.SIAP !


9.TERKEJUT? YEE SAYA TAK GUNA SANTAN...HIHI SO DAH SIAP DAN SEDAP


SCROLL BAWAH UNTUK TIPS BAGI NEWBIE ;)

-pastikan bawang tumis betul2 garing keperangan ya..jangan sampai hangit cukup la..org tua2 cakap baru wangi masakan tu

-rempah pun sama...biar mendidih keperangan gelap baru rempah betul2 masak dan rasa sedap

-air asam jawa jangan letak terlampau banyak 1 masa..sambil tuang sikit2 sambil rasa..takut masam sangat jer...

-air jangan banyak sangat jugak...nanti cair tak best..agak2 je kecuali uols masak untuk ramai..rempah letak 2 paket so air boleh la banyak

-ajinamoto penambah rasa (bagi yang tak suka tak payah masukkan..yelaa org cakap tak bagus mkn ajinamoto..kalau nak masukkan jugak..sesudu kecil pn dah cukup)

-ikan jangan didihkan lama2 jangan terlampau kacau nanti hancur



OKAY ITU SAJA..HARAP BERMANFAAT

BYE




No comments:

Post a Comment

sapa rasa dia CANTEK komen la sini ^__^